Ganjaran istri memasak untuk suami

Soalan

Assalamualaikum, boleh tolong semakkan hadith ini sama ada sahih atau palsu?

Rasulullah SAW bersabda: "Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah". HR Anas bin Malik Jazakallah.

Ringkasan Jawapan

Hadis yang menyebutkan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah tidak dijumpai teks asalnya dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. Namun, terdapat banyak hadis lain yang menceritakan keutamaan dan ganjaran bagi seorang isteri jika dia mentaati dan melayani suaminya dengan baik.

Huraian Jawapan

Terdapat banyak keutamaan dan ganjaran bagi seorang isteri jika dia mentaati dan melayani suaminya dengan baik. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”.

Riwayat Ibn Hibban (4163)

Bahkan, isteri yang solehah dapat menggembirakan suaminya kerana jika si suami melihatnya maka akan menyenangkan hatinya. Hal ini sebagaimana yang disebutkan di dalam suatu hadis, Nabi SAW bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ

Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.”

Riwayat Abu Daud (1664)

Begitu juga Nabi SAW menyebut berkenaan empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang lelaki, iaitu:

اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ

Maksudnya: “Wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.”

Riwayat Ibn Hibban (4031)

Selain itu, Ibn Umar meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

وَالمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا

Maksudnya: Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan akan dipertanggungjawabkan atas urusan rumah tangganya.

Riwayat al-Bukhari (893)

Namun, hadis yang menyebutkan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah tidak dijumpai teks asalnya dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar.

Kesimpulan

Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak dijumpai teks hadis yang menceritakan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah sebagaimana yang tersebar dalam kalangan masyarakat. Wallahua’lam.

Sekali suami minum air yang disediakan oleh istrinya adalah lebih baik dari pada berpuasa setahun. disediakan oleh isterinya.

Jumat, 11 Desember 2015 10:28 WIB

1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh istrinya adalah lebih baik dari pada berpuasa setahun. disediakan oleh isterinya.

2. Makanan yang disediakan oleh istri kepada suaminya lebih baik daripada istri itu mengerjakan haji dan umrah.
.
3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1.000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
.
4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

5. Pemeliharaan anak yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandang yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (dzikir).
.
6. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
.
7. Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya ridha niscaya ia masukan ke surga. (HR. Tarmidzi).
.
8. Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembayang yang difardhukan di atas, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk surga dari mana- mana pintu yang ia suka.

(Dikutip dari Facebook, diposting dengan akun Renyta)

Apakah wajib seorang istri memasak untuk suami?

Meski pada hakikatnya seorang istri tidak memiliki kewajiban untuk mencuci dan memasak, tetap dianjurkan agar seorang istri melakukannya untuk suami. Hal ini dikarenakan sebagai bentuk rasa kasih sayang seorang istri kepada suami.

Apakah seorang wanita harus bisa masak?

Tidak wajib, akan tetapi sebaiknya bisa memasak. Bagi yang memiliki pendapatan pas-pasan, memasak sendiri adalah alternatif terbaik untuk menghemat pengeluaran. Apalagi kalau sudah berkeluarga yang mana menghidangkan makanan sehat untuk anak dan pasangan merupakan tanggung jawab.

Postingan terbaru

LIHAT SEMUA